Saturday, August 24, 2019

CARTA ORGANISASI


 
 Carta Organisasi Guru

Carta Organisasi Murid

KATA ALUAN


Aluan Pengerusi Surau

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan Taufiq dan Hidayahnya, akhirnya Surau An- Nur, SMK Alor Merah akhirnya mempunyai blog sendiri untuk tatapan serta mendekatkan lagi Surau An- Nur dengan semua muslimin dan muslimat amnya Warga Komuniti SMK Alor Merah.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang diutuskan sebagai Rahmat bagi sekalian alam.

Kepesatan teknologi dan ledakan maklumat yang begitu cepat berkembang merupakan salah satu wardah komunikasi perhubungan menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat. Pada masa yang sama, ia juga menjadi ancaman serta cabaran yang perlu dihadapi dengan penuh iltizam dan dedikasi. Dengan adanya Blog Rasmi Surau An-Nur ini, mudah-mudahan mampu mengukuhkan jaringan komunikasi.
.
Adalah menjadi harapan semoga Blog Rasmi Surau An-Nur dapat memberi sumbangan bermakna kepada seluruh warga SMK Alor Merah amnya dan komuniti sekitar khususnya. Di samping itu sebarang cadangan mahupun teguran membina amat dialu-alukan bagi memperkemaskan lagi blog  ini demi faedah bersama.

Akhir kalam, semoga wadah ilmu dan dakwah ini akan dirahmati Ilahi demi menyumbang manafaat kepada seluruh umat.

Sekian, Wassalam.


Tn. Haji Soid Bin Mansor
-Pengetua SMK Alor Merah-