SEJARAH




             An-Nur dulu                           An-Nur kini berwajah baru

Surau SMK Alor Merah ini telah dibuka secara rasminya pada bulan Julai 2011 di paras bawah Blok Akademik serentak dengan pembukaan sekolah SMK Alor Merah pada 11 Julai 2011. Surau ini dinamakan Surau An-Nur oleh Tn Pengetua yang ke-4 iaitu Tn Haji Soid Bin Mansor
Maksud An-Nur dalam konteks Islam ialah cahaya dengan harapan semoga memberi cahaya keimanan dan keilmuan kepada semua warga SMK Alor Merah.  Dalam konteks pemahaman agama Islam konsep An-Nur boleh diertikan dengan pelbagai maksud mengikut konteks huraian, konsep dan rujukan aplikasinya. Ini bererti pengertian kalimah An-Nur itu sangat luas dan hendaklah difahami agar tidak menimbulkan kekeliruan aspek keilmuan agama Islam yang berteraskan al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w.

Surau ini kini dikelola sepenuhnya oleh Panitia Pendidikan Islam. Surau Al-Nur bukan sahaja di gunakan untuk aktiviti keagamaan, malahan turut berfungsi sebagai medium perkongsian penyebaran maklumat dan aktiviti, serta Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) juga turut dijalankan di surau ini bagi merealisasi fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran dan memupuk nurani menuju keredaan Ilahi.
.
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian juga turut dijalankan di surau An Nur ini seperti kuliah agama, ceramah agama sempena Israk Mikraj, Sempena 1 ramadan, Ceramah Nuzul-Quran, Program Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadan, Khatam Al-quran, Pengurusan Jenazah, Solat Sunat Hajat, Tazkirah ambang Aidil Fitri dan juga aktiviti Ziarah cakna pelajar dan banyak lagi aktiviti pengimarahan surau ini.

No comments:

Post a Comment