Tuesday, September 3, 2019

PAMERAN BERINOVASI



OBJEKTIF
📍Mempamerkan benda maujud supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi interaktif dan menarik
📍Pembinaan hiasan fitrah fresner yang diletakkan di dalam surau adalah untuk menambahbaikan keceriaan dalam surau.

IMPAK inovasi Pameran Berinovasi dalam PDPC
📍Guru mempunyai alat bantu mengajar (ABM) yang menarik minat pelajar iaitu:
-model kaabah, globe dan gambar suasana mekah yang dibingkaikan dapat digunakan dalam topic Haji dan Umrah tingkatan 4,
-bahan sertu dapat digunakan dalam topic najis tingkatan 3,
-manakala bijiran dapat digunakan untuk topic Zakat tingkatan 3.
📍Disamping mengajar topic-topik wajib dalam sukatan pelajaran, guru dapat menambahkan pengetuan umum terhadap pelajar berkaitan makanan sunnah dengan menunjukkan contoh makanan sunnah yang telah dipamerkan iaitu salah satunya adalah cuka kurma.
📍Pelajar dapat meningkatkan pengetahuan am. Tujuan pameran fitrah freshner yang menggunakan kulit kayu manis adalah untuk menyegarkan dan mewangikan surau. Oleh itu, pelajar dapat mengetahui kelebihan kulit kayu manis yang dapat digunakan sebagai alat pewangi selain daripada bahan masakan.  
📍Inovasi pameran yang diadakan ini menggunakan globe iaitu suatu Alat Bantu Mengajar yang digunakan dalam mata pelajaran Geografi. Hal ini menunjukkan perubahan baru dalam sistem pendidikan yang telah diperkenalkan iaitu setiap guru digalakkan untuk mengadakan koloborasi bersama matapelajaran lain. 

No comments:

Post a Comment