Monday, September 2, 2019

INOVASI FIZIKAL: JAM MATAHARI

Inovasi fizikal.
Proses pembinaan jam matahari.
Kerjasama antara semua guru staf dan pelajar mengikut bahgian masing-masing.

Tahniah dan Alhamdulillah, hampir siap sepenuhnya.

 OBJEKTIF
📌Pembinaan model jam matahari di hadapan surau adalah untuk menambahkan pengetahuan pelajar dan guru berkaitan cara menentukan masa solat yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu sebelum terciptanya jam 
📌Dengan adanya model jam matahari, guru dan pelajar membudayakan amalan kreativiti seterusnya mewujudkan kecerian dalam kalangan SMK Alor Merah


📌IMPAK inovasi jam matahari dalam PDPC
Alat bantu mengajar ini boleh digunakan oleh guru matapelajaran pendidikan islam untuk pelajar tingkatan 1 dalam pelajaran ke-23 yang bertajuk Solat Mercu Kejayaan. Disamping mengajar topik-topik wajib dalam sukatan pelajaran tajuk solat, guru dapat menambahkan pengetuan dalam kalangan pelajar berkaitan cara masyarakat zaman dahulu menentukan waktu solat sebelum terciptanya jam.

📌Pelajar dapat meningkatkan pengetahuan am. Inovasi ini menandakan bahawa seorang murid bukan hanya memiliki pengetahun akan topik dalam sukatan pelajaran sahaja, tetapi pembelajaran abad ke-21 kini menuntut setiap murid menjana kemahiran berfikir. Hal ini selari dengan 6 ciri utama kemenjadian murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPM 2013-2025) iaitu salah satunya adalah Kemahiran Berfikir.

📌Melatih pelajar merangsang hati untuk menjaga masa dan menerapkan kepentingan menjaga masa.







No comments:

Post a Comment