Wednesday, August 21, 2019

SEJARAH SURAU ANNUR

Surau SMK Alor Merah ini telah dibuka secara rasminya pada 11 Julai 2011 di aras bawah Blok Akademik serentak dengan pembukaan sekolah SMK Alor Merah. Surau ini dinamakan Surau An Nur oleh Tn Pengetua yang ke-4 iaitu Tn Haji Soid Bin Mansor. Maksud An Nur dalam konteks Islam ialah cahaya dengan harapan semoga memberi cahaya keimanan dan keilmuan kepada semua warga SMK Alor Merah.  Dalam konteks pemahaman agama Islam konsep An-Nur boleh diertikan dengan pelbagai maksud mengikut konteks huraian, konsep dan rujukan aplikasinya. Ini bererti pengertian kalimah An-Nur itu sangat luas dan hendaklah difahami agar tidak menimbulkan kekeliruan untuk memahami berbagai aspek keilmuan agama Islam yang berteraskan al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w.

Surau ini kini di kelola sepenuhnya oleh Panitia Pendidikan Islam. Surau Al-Nur bukan sahaja di gunakan untuk aktiviti keagamaan, malahan turut berfungsi sebagai medium perkongsian serta  penyebaran maklumat dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) bagi merealisasi fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran, memupuk nurani menuju keredaan Ilahi.
.
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian juga turut di jalankan di surau An Nur ini seperti Kuliah Agama, Ceramah Agama Sempena Israk Mikraj, Sempena 1 Ramadhan, Ceramah Nuzul-Quran, Program Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan, Khatam Al-quran, Pengurusan Jenazah, Solat Sunat Hajat, Tazkirah ambang AidilFitri dan juga aktiviti Ziarah Menziarahi pelajar dan banyak lagi.

5 comments:

  1. Alhamdulillah ... Boleh kita berkongsi maklumat....

    ReplyDelete
  2. Hebat.... Ada blog sendiri.... Boleh berkongsi idea dgn Smk Kubang Rotan.... Dengar kata surau an-Nur Smk A. Merah... Semakin ceria n berwajah baru.... Hebat n tahniah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Eloklah tu.... Boleh pi melawat...

    ReplyDelete